Sabtu, 25 Disember 2021 | 3:29pm

150 sukarelawan PBM digerak bantu mangsa bah

SHAH ALAM: Banjir besar melanda Selangor pada 18 Disember lalu menarik pelbagai pihak sama ada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang turun padang memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Antaranya, perhatian Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang menggerakkan lebih 150 sukarelawan walaupun baru dilancarkan pada Selalu lalu.

Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM
Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM

Dalam satu kenyataan, PBM memaklumkan, parti berkenaan turut mengembleng tenaga untuk menghantar bantuan dan berkhidmat untuk mangsa-mangsa banjir bukan sahaja di Selangor, tetapi juga negeri lain yang turut terkesan banjir.

"Misi pasca banjir selama dua hari bertumpu ke lokasi dilanda bencana itu di Klang, Kapar, Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja and Puchong," kata PBM.

Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM
Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM

Kata kenyataan itu lagi, parti yang dianggotai lebih 50,000 ahli NGO Penggerak Komuniti Negara berkenaan sudah menggerakkan sukarelawan bermula pada 17 Disember lalu lagi berikutan khuatir dengan hujan yang lebat akan mengakibatkan banjir, terutama di daerah Petaling.

"Sehingga kini, sukarelawan parti masih lagi berada di lapangan untuk meneruskan usaha-usaha membantu rakyat yang terkesan serta terbeban dengan bencana ini," kata kenyataan berkenaan.

Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM
Lebih 150 sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) digerakkan membantu mangsa banjir. - Foto PBM
Berita Harian X