KUALA LUMPUR: Aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di lima kawasan, manakala satu lagi berada pada bacaan amaran.
Menurut kenyataamn Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini, aras air Sungai Pahang mencatatkan bacaan amaran di Paloh Hinai, Pekan.
"Aras air Sungai Pahang mencatatkan paras bahaya di Sungai Bera, Water Front dekat Bera; Sungai Kundang, Maran serta Lubuk Pasu dan Kuala Krau di Temerloh.
"Penduduk dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa berwaspada. Sila patuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
Sebanyak 37,421 mangsa banjir melibatkan 10,937 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Pahang setakat 8 pagi hari ini.
Sumber: Pahang Media pic.twitter.com/IK1IzhYGsR— Bencana2021 (@bencana2021) December 23, 2021