Rabu, 22 Disember 2021 | 12:28pm

Banjir di Pahang bertambah buruk, jumlah mangsa meningkat

JERANTUT: Meskipun cuaca baik dua hari berturut-turut, jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat, mencecah 42,529 penduduk setakat jam 8 pagi ini yang dipindahkan ke 281 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah, kecuali Rompin dan Cameron Highlands.

Jumlah mangsa di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera meningkat mendadak dengan mangsa paling ramai adalah di Kuantan, membabitkan 21,837 penduduk daripada 5,866 keluarga yang kini ditempatkan di 68 PPS.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Di Temerloh, 76 PPS dibuka menempatkan 10,204 keluarga, manakala di Bera pula, 18 PPS dibuka menempatkan 1,868 mangsa daripada 530 keluarga. Lipis pula merekodkan 1,628 mangsa daripada 570 keluarga di 29 PPS, Jerantut dengan 1,851 mangsa daripada 510 keluarga di 29 PPS dan Raub dengan 1,315 mangsa daripada 345 keluarga di 20 PPS.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Di Pekan, 379 keluarga dipindahkan membabitkan 1,277 mangsa yang ditempatkan di 20 PPS, manakala di Bentong, seramai 1,755 orang daripada 435 keluarga dipindahkan ke tiga PPS dan di Maran pula, 14 PPS dibuka menempatkan 499 mangsa.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Beberapa laluan, termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Pahang masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan air belum surut dan kerja-kerja membersihkan jalan yang dilitupi lumpur sedang dilaksanakan.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Di Jerantut, laluan yang masih ditutup adalah Jalan Jerantut-FELDA Kota Gelanggi; Jalan Jerantut-Lipis; Jalan Bukit Puas-Gintong; Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau; Jalan Sungai Lekok-Jeransong; Jalan Ulu Retang-Merting dan Jalan Sungai Yap-Pasir Tambang.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Di Raub pula, Jalan Sengkela-Chenua, Jalan Bentong-Gua Musang dan Jalan Ulu Renggol, manakala laluan ditutup di Bentong membabitkan Jalan Karak-Simpang Pelangai dan jalan utama Mempaga.

Di Maran, jalan yang ditutup ialah JalanMaran-Jerantut, Jalan Serengkam dan Jalan utama Jengka Utara, manakala di Kuantan membabitkan Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan-Endau, Jalan Air Hitam-Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Beberapa laluan di Lipis juga masih ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui kenderaan, iaitu Jalan Bukit Kota-Aur Gading dan Jalan Lipis-Jerantut.

Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK
Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Keadaan rumah penduduk ditenggelami sepenuhnya banjir yang melanda Temerloh dan Mentakab. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Berita Harian X