Selasa, 21 Disember 2021 | 7:30pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Bera, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Bera, hari ini.

Penduduk utara Semenanjung pula dinasihat bersedia hadapi kemungkinan banjir

BERA: Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung dinasihatkan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan berterusan di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata beliau tidak mahu kejadian banjir seperti di Selangor berulang apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia menghadapi bencana itu sehingga mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.

"Kita tidak mahu jadi seperti Selangor kerana banjir bukan perkara biasa di negeri itu. Jadi apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran mereka mungkin tidak menjangka air naik dengan cepat dan enggan berpindah.

"Akhirnya ramai terperangkap dan ramai terpaksa berpindah serta-merta tanpa sempat menyelamatkan harta benda serta dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita sewaku mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Bera, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Bera, hari ini.

Dalam lawatan itu. Ismail Sabri sempat menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu sebelum ke beberapa PPS lain di kawasan berhampiran.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya bersedia dari segi PPS, bantuan barangan, keperluan aset, selain memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara dengan baik.

Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri utara Semenanjung, membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak, iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.

Berita Harian X