Ahad, 19 Disember 2021 | 7:10pm
Air di Kuala Tahan yang semakin tinggi menyebabkan pelancong di Taman Negara, dibawa keluar, hari ini. - Foto NSYP/ROSELAN AB MALEK
Air di Kuala Tahan yang semakin tinggi menyebabkan pelancong di Taman Negara, dibawa keluar, hari ini. - Foto NSYP/ROSELAN AB MALEK

Pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar

JERANTUT: Seramai 158 pelancong tempatan yang terkandas di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini dibawa keluar kerana peningkatan paras air di Hulu Tembeling.

Mereka tersekat di Kuala Tahan kerana jalan utama Kuala Tahan ke Jerantut ditutup untuk semua kenderaan selepas kawasan Paya Garuk ditenggelami air

sedalam 1.3 m.

Ketua Polis Jerantut, Suprintenden Mazlan Hassan, berkata pelancong tempatan yang menginap di 19 chalets dan pusat inap milik pengusaha tempatan mula dibawa keluar jam 2.40 petang tadi, menggunakan kenderaan pacuan roda dari Kuala Tahan ke Kampung Paya Garok dekat sini.

"Mereka kemudiannya menaiki bot pihak berkuasa menyeberangi kawasan laluan yang ditenggelami banjir di Kampung Paya Garok, dan selepas itu menaiki kenderaan ke bandar Jerantut.

"Polis menasihatkan pengunjung berkenaan yang masih bercuti di Taman Negara supaya pulang lebih awal memandangkan cuaca musim tengkujuh tidak menentu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mazlan berkata, pelancong itu dibawa keluar kerana Sungai Tembeling dan anak sungai melimpah dan banjir di beberapa kawasan.

"Keadaan bertambah teruk sekiranya hujan masih turun di hulu sungai," katanya.

Wan Azif Wan Ibrahim, 57, (berdiri, kanan) bersama adiknya Wan Mohd Faizal, 37, (berdiri tiga, kanan) menyediakan perkhidmatan bot fiber menghantar penduduk Kampung Bukit Kuin yang terputus hubungan akibat limpahan air Sungai Riau, dekat Kuantan. - Foto hiasan BERNAMA

Berita Harian X