Khamis, 9 Disember 2021 | 2:17pm
Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Empat strategi capai visi Nadi Digital ASEAN

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menumpukan empat strategi iaitu kemahiran baharu, penerimaan, pengganggu dan pelaburan dalam mencapai visi Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata empat fokus itu membabitkan pelbagai program yang sudah dan sedang dilaksanakan bagi mencapai sasaran seperti digariskan di bawah MyDIGITAL terutama dalam membantu mencapai sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Menerusi Rancangan Malaysia Ke-12, sasaran sumbangan ekonomi digital kepada KDNK negara ialah 25.5 peratus menjelang 2025 yang boleh dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif pendigitalan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai usaha MDEC dalam merealisasikan visi 'Nadi Digital ASEAN' khususnya bagi menarik pelabur digital asing dan mewujudkan pekerjaan bagi bakat-bakat setempat, selari dengan MyDIGITAL.

Zahidi berkata, MDEC juga mengumumkan Strategi Pelaburan Digital Future5 (DIF5) iaitu rancangan lima tahun yang memfokuskan lima teras utama untuk menarik pelaburan dan memajukan ekonomi digital negara dengan strategi itu menyasarkan antaranya pelaburan RM50 bilion serta mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan industri digital. – BERNAMA

Berita Harian X