Isnin, 6 Disember 2021 | 10:35am
Dr Noor Hisham. FOTO NSTP
Dr Noor Hisham. FOTO NSTP

Rt meningkat hampir di semua negeri

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.98 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, nilai Rt itu meningkat 0.1 berbanding kelmarin 0.97.

Rt tertinggi dicatatkan di Perlis iaitu 1.12, Melaka (1.04), Perak (1.01), Kedah (1.00) dan Pulau Pinang, Labuan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing 0.99.

Johor pula mencatatkan Rt 0.97, diikuti Terengganu 0.96 dan Kelantan (0.95), sementara Sabah, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan Rt 0.93.

Sarawak mencatatkan Rt terendah bagi keseluruhan iaitu 0.72.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu adalah pada 1.05.

Ia merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Berita Harian X