Khamis, 2 Disember 2021 | 8:28am
- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

97 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 peratus atau 22,698,593 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat ini.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,034,278 individu dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2 peratus atau 2,712,550 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,824,704 menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,671,277 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,590,730. – BERNAMA

Berita Harian X