Ahad, 28 November 2021 | 9:58am
Wartawan sambilan Harian Metro, Ahmad Rabiul Zulkifli (kanan) dan wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah (kiri) ceria bersama anugerah dimenangi mereka dalam Anugerah Apresiasi Media Terengganu anjuran Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Wartawan sambilan Harian Metro, Ahmad Rabiul Zulkifli (kanan) dan wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah (kiri) ceria bersama anugerah dimenangi mereka dalam Anugerah Apresiasi Media Terengganu anjuran Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Wartawan, jurugambar Media Prima raih anugerah UPDI

KUALA TERENGGANU: Empat wartawan dan seorang jurugambar Media Prima Berhad (Media Prima) menang beberapa kategori Anugerah Apresiasi Media Terengganu anjuran Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), malam tadi.

Wartawan sambilan BH, Baharom Che Bakar memenangi tempat ketiga bagi dua kategori iaitu, Berita Media Sosial Ekonomi Terbaik dan Berita Media Cetak Ekonomi Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan RM1,000.

Wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah mengungguli tempat pertama bagi kategori Video Terbaik Kebajikan dan tempat kedua kategori Video Terbaik Ekonomi seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM2,500.

Wartawan sambilan Harian Metro, Ahmad Rabiul Zulkifli meraih tempat pertama kategori Berita Media Cetak Kebajikan Terbaik dan ketiga bagi Berita Media Cetak Pelancongan Terbaik serta membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000.

Sementara itu, seorang lagi wartawan sambilan Harian Metro, Abdul Malek Muhammad memenangi tempat pertama kategori Berita Media Cetak Sukan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,500.

Jurugambar sambilan NSTP, Ghazali Kori meraih tempat kedua bagi kategori Video Terbaik Pelancongan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Majlis yang diadakan di Pejabat UPDI itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.

Berita Harian X