Jumaat, 26 November 2021 | 2:59pm
Gunung Nuang dekat Hulu Langat yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. - Foto fail NSTP
Gunung Nuang dekat Hulu Langat yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. - Foto fail NSTP

Gunung Nuang ditutup kepada semua aktiviti

SHAH ALAM: Gunung Nuang dekat Hulu Langat yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notisnya di Facebook, memaklumkan penutupan itu termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit.

Katanya, larangan itu disebabkan tanah runtuh dan musim tengkujuh.

"Pelanggaran ke atas notis akan menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 47(1) dan 81(1)(g) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

"Sekiranya gagal mematuhi notis ini, JPNS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang ingkar arahan tersebut," katanya.

Berita Harian X