Isnin, 30 Ogos 2021 | 1:34pm

Lima peranti baharu Samsung curi tumpuan

SEJAK awal kemunculan, model telefon pintar keluaran Samsung Electronics Co Ltd sering menjadi tumpuan pengguna kerana sinonim dengan spesifikasi canggih dan harga mampu milik.

Sebelum ini, jenama Samsung pernah menerajui industri menerusi revolusi telefon pintar lipat pertama Galaxy Fold yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan telefon seperti 'buku'.

Terbaharu, Samsung sekali lagi mempertaruhkan model lipat mereka dengan menawarkan pelbagai ciri baharu lebih canggih berbanding versi terdahulu menerusi Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Kedua-dua peranti ini adalah telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi yang pasti menjanjikan pengalaman lebih optimum kepada pengguna. 

Dengan pelbagai ciri baharu dan menarik, bagaimanakah peranti generasi ketiga ini dikatakan lebih baik daripada rekaan sebelumnya? Berikut antara sebab utama peranti ini menjadi pilihan pengguna.

Skrin ditingkatkan dengan sokongan S Pen

ImageSokongan S Pen di telefon pintar dengan layar yang besar pilihan kebanyakan pengguna - FOTO Samsung

Perkara pertama yang menarik mengenai telefon pintar Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G sudah semestinya reka bentuk ikonik anggun, bersaiz kompak dan keupayaan lipatannya.

Jika anda seorang yang mengutamakan peranti penuh gaya dengan pelbagai fungsi, dua peranti terbaharu jenama Samsung ini adalah pilihan ideal kerana ia menjanjikan pengalaman baharu unik. 

Kedua-dua peranti ini juga dibekalkan dengan inovasi layar telefon pintar paling canggih saat ini iaitu panel layar Dynamic AMOLED 2X yang memiliki kecanggihan layar beresolusi tinggi, kadar segar semula lebih cepat, ketajaman serta ketepatan warna yang sebenar.

Penawaran ini mampu memberikan anda pengalaman yang lancar tanpa gangguan ketika melakukan tugasan atau bermain permainan dengan paparan Infinity Flex Display 7.6 inci.

Peranti ini juga adalah peranti lipat pertama dilengkapi S Pen yang berupaya meningkatkan produktiviti serta memberikan pengalaman penulisan realistik kepada pengguna.

Skrin penutup yang direka semula juga empat kali lebih luas daripada model sebelum ini, menjadikannya lebih mudah untuk melihat pemberitahuan dan mesej tanpa perlu membuka peranti itu sepenuhnya.

Lebih menarik, pengguna juga boleh mengambil jalan pintas dan membuka semula aplikasi dengan cara yang sama menerusi penambahbaikan App Pair.

Sementara itu, ciri tambahan baharu Samsung Pay yang tersedia pada skrin penutup menjadikan pengguna lebih mudah untuk melakukan sebarang pembayaran.

Rintang air, tahan lama

Dari segi ketahanan, pengguna tidak perlu bimbang jika terperangkap dalam hujan kerana peranti Galaxy Z generasi baharu ini adalah telefon pintar lipat pertama yang dilengkapi dengan kemasan ketahanan air IPX8.

Untuk melindungi daripada calar dan kejatuhan tidak sengaja pula, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5Gdiperbuat daripada  kaca lebih keras Corning Gorilla Glass Victus dan Armor Aluminium iaitu aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy.

Kedua-dua peranti ini juga turut disertakan filem pelindung baharu diperbuat daripada PET yang boleh diregangkan dan lapisan panel paparan yang optimum sehingga 80 peratus lebih tahan lama daripada versi sebelumnya.

Menerusi revolusi Hideaway Hinge yang diperkenalkan kali pertama pada Galaxy Z Flip, ia membolehkan peranti kekal berada pada kedudukan, tidak kira di sebarang sudut bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang inovatif dengan Flex Mode. 

Dengan teknologi Sweeper yang ditambah baik, bulu di Hinge kini lebih pendek, membantu untuk menangkis habuk dan partikel kecil lain bagi mengekalkan ketahanan peranti untuk pengalaman pengguna lebih lancar. 

Kedua-dua Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G turut menjalani ujian lipatan berat dengan kemampuan menahan lipatan sehingga 200,000 kali dan ia disahkan oleh Bureau Veritas.

Selain itu, kedua-dua peranti ini juga digandingkan dengan 5nm AP dan 5G band terbaharu yang kuat untuk pengalaman terbaik di dalam dan luar.

Bagi mereka yang suka mengambil swafoto, anda pasti teruja mengambil gambar menggunakan Flex Mode serta merakam video dengan pantas dari skrin luar, tanpa perlu membuka telefon.

Ciri ini boleh dimanfaatkan menerusi fungsi 'Quick Shot' dengan menekan butang utama dua kali.

Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic 

Image

Selain pelancaran telefon boleh lipat premium, Samsung turut mengumumkan kemunculan jam tangan pintar serba canggih iaitu Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Ia adalah jam tangan pintar pertama menampilkan teknologi Wear OS™, dikuasakan Samsung dengan kerjasama Google™ dan dilengkapi One UI Watch, antara muka pengguna Samsung yang paling intuitif.

Berbeza dengan siri terdahulu, Galaxy Watch4 dan Watch4 Classic tidak lagi menggunakan Tizen sebagai sistem operasi mereka. 

Siri Galaxy Watch4 dimuatkan dengan pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch dengan CPU 20 peratus lebih pantas dan RAM 50 peratus lebih besar, dan GPU 10 kali lebih efisien berbanding generasi sebelumnya. 

Ini bermakna, pengguna dapat melakukan pelbagai aktiviti pada siri Galaxy Watch4 lebih lancar dan mudah selain resolusi pada paparan lebih tajam sehingga 450 x 450 piksel.

Dengan memori 16GB  mengagumkan, pengguna mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran.

Paling penting, semua data pengguna tersimpan dengan selamat menerusi penawaran platform keselamatan Samsung Knox.

Lebih menarik, peranti baharu ini juga direka semula sepenuhnya bagi menawarkan pengguna alat terbaik untuk pengurusan kesihatan. 

Dengan jam pintar ini, anda boleh memantau prestasi kesihatan dan keadaan tubuh badan terutama di musim wabak.

Pelbagai ciri kesihatan seperti panduan senaman, kiraan kalori, kadar degupan jantung, pemantauan corak tidur dan banyak lagi fungsi yang boleh dimanfaatkan. 

Ketika anda tidur, siri Galaxy Watch4 bersedia memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda, dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelum ini.

Mana tidaknya, Real-time Health Monitoring yang dilengkapi dengan Advanced Sleep Management berupaya meningkatkan kualiti tidur menerusi Skor Tidur yang ditingkatkan, berfungsi mengesan dengkuran dan memantau tahap oksigen dalam darah.

Anda juga tidak perlu risau kerana peranti ini mempunyai hayat bateri sehingga 40 jam. Jika ia kehabisan bateri, anda boleh mengecas semula dengan pantas, hanya mengambil masa 30 minit untuk bateri bertahan sehingga 10 jam.

Galaxy Buds2

Image

Selain Galaxy Watch4, Samsung turut mengumumkan kemunculan Galaxy Buds2 yang direka dengan jaminan keselesaan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari.

Peranti ini menawarkan kualiti bunyi premium yang membuatkan pengguna leka dan seronok mendengar audio kegemaran di mana sahaja berada. 

Galaxy Buds2 juga dilengkapi dengan Active Noise Cancelling (ANC) untuk menyekat kebisingan yang tidak diingini selain mempunyai pembesar suara dua hala yang dinamik.

Antara ciri lain menarik adalah rekaan ikonik dengan bentuk melengkung serta saiz kecik dan ringan yang menawarkan keselesaan kepada pengguna.

Sebagai jaminan bagi keselesaan lebih optimum, Samsung turut membangunkan 'Earbud fit test' yang boleh didapati aplikasi Galaxy Wearable. 

Pilih daripada empat warna kontemporari iaitu Graphite, White, Olive dan Lavender untuk menyerlahkan gaya peribadi dan lengkapkan pakej dengan sarung aksesori pihak ketiga.

Secara keseluruhan, padanan Galaxy Buds2 cukup sesuai jika digandingkan bersama telefon pintar, tablet atau jam pintar Galaxy anda. 

Pra tempahan dibuka bermula 19 September

Image

Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 Bluetooth bakal tersedia untuk pra tempahan bermula 19 September 2021,

Lebih menarik, pengguna yang membuat tempahan awal untuk Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G akan mendapat perlindungan Samsung Care+ setahun secara percuma.

Ia adalah perkhidmatan pembaikan yang menawarkan perlindungan untuk semua jenis kerosakan tidak disengajakan atau disebabkan pelbagai jenis cairan seperti air.

Ia termasuklah servis penggantian skrin dan penutup belakang. Penawaran ini adalah sebahagian inisiatif perlindungan telefon pintar premium Samsung bagi mengelakkan perkara diluar jangkaan.

Sementara itu, pengguna Samsung layak menerima e-baucar kedai dalam talian Samsung Malaysia bernilai sehingga RM850 untuk setiap pembelian awal.

Pelanggan yang membuat pratempahan Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 versi Bluetooth pula, boleh menerima e-baucar bernilai sehingga RM250 untuk dibelanjakan di kedai dalam talian Samsung Malaysia!

Pratempahan ini akan tersedia di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

Harga bagi varian telefon pintar Galaxy Z Fold3 5G bermula dari RM6,699 dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Phantom Black, Phantom Silver, dan Phantom Green.

Galaxy Z Flip3 5G pula bermula dari RM3,999 dengan pilihan warna Cream, Phantom Black, Green, dan Lavender.Untuk jam pintar Galaxy Watch4 Classic, harga ditawarkan bermula daripada RM1,299 menerusi dua pilihan warna iaitu Black dan Silver.

Bagi varian Galaxy Watch4 pula harga bermula daripada RM899 dengan empat warna pilihan iaitu Black, Green, Silver dan Pink Gold. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti baharu Samsung, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia dan ketahui mengenai promosi pratempah di http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2021/ 

Pra tempah Galaxy terbaharu anda sekarang dengan klik pautan di bawah:

Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/buy/

Berita Harian X