Rabu, 4 Ogos 2021 | 12:54am

Perjumpaan 4 jam di kediaman PM selesai

KUALA LUMPUR: Perjumpaan sebahagian menteri kanan Kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, selesai dengan kenderaan membawa orang kenamaan (VIP) dilihat beredar kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.

Antara yang dilihat meninggalkan kediaman Perdana Menteri termasuk kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Selain itu, turut dilihat keluar ialah kenderaan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kepada pihak media setakat ini selepas empat jam mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Kenderaan membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof melambai kepada media ketika meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Kenderaan rasmi yang dipercayai membawa menteri, keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada jam 12.10 tengah malam tadi. - Foto BERNAMA

Difahamkan, perjumpaan tergempar itu diadakan susulan UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media petang tadi mendakwa parti itu mempunyai surat akuan mencukupi daripada Ahli Parlimen mereka untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, surat akuan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X