Selasa, 23 March 2021 | 6:19pm
Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras, masih diteruskan hari ini.
- foto BERNAMA
Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras, masih diteruskan hari ini.
- foto BERNAMA

SUKE: Mayat ketiga belum dapat dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Kerja menstabilkan struktur binaan sedang giat dilakukan sebelum mayat mangsa yang tersepit pada struktur besi susulan insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Jalan Alam Damai, di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, kerja menstabilkan rasuk atau 'U beam' menggunakan 'I beam' sedang dilakukan sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan.

Difahamkan, pasukan penyelamat perlu mengambil masa meneliti langkah menyeluruh bagi mengelakkan runtuhan struktur binaan sedia ada.

Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras, masih diteruskan hari ini.
- foto BERNAMA
Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras, masih diteruskan hari ini.
- foto BERNAMA

Gambar hiasan. - Foto fail NSTP
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

Sementara itu, Presiden Persatuan Pekerja Mahir Kren Menara Malaysia (PERKREMA), Raziz Abdul Rahman, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, usaha pasukan penyelamat di lokasi kejadian wajar dipuji kerana tidak tergesa-gesa bertindak untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Ramai tanya kenapa lambat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit namun tindakan pasukan penyelamat wajar dipuji kerana mengutamakan aspek keselamatan awam.

"Jika mereka tergesa-gesa dan memotong sahaja komponen kren yang menghempap mangsa ini, mungkin berlaku perkara lain yang tidak diingini seperti runtuhan yang sudah pasti buruk akibatnya," katanya.

Pagi semalam, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kerja mengeluarkan mayat mangsa tersepit pada struktur besi bagi pembinaan Lebuhraya SUKE. - Foto NST/Hazreen Mohamad
Kerja mengeluarkan mayat mangsa tersepit pada struktur besi bagi pembinaan Lebuhraya SUKE. - Foto NST/Hazreen Mohamad

Dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat. Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Berita Harian X