Isnin, 1 March 2021 | 4:31pm
Kelantan adalah negeri paling terjejas apabila kerajaan memberi kelonggaran pergerakan rentas sempadan. - Foto NSTP
Kelantan adalah negeri paling terjejas apabila kerajaan memberi kelonggaran pergerakan rentas sempadan. - Foto NSTP

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

PUTRAJAYA: Kelantan menjadi negeri paling terjejas apabila kerajaan memberi kelonggaran terhadap pergerakan rentas sempadan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan sebelum ini, sebanyak kira-kira 65 peratus daripada daerah di negeri itu yang sebelum ini dalam zon hijau, bertukar menjadi merah.

"Kelantan adalah negeri paling terkesan susulan rentas negeri dibenarkan, apabila warganya yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pulang ke negeri itu.

"Ini menyebabkan negeri berkenaan yang pada ketika itu hampir keseluruhannya hijau, bertukar dengan 65 peratus daerah di Kelantan menjadi merah iaitu antara tempoh dua hingga tiga minggu selepas kebenaran diberikan.

"Perkara itu sekali gus menyebabkan kerajaan terpaksa menutup semula sempadan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Berita Harian X