Isnin, 18 Januari 2021 | 12:48pm
Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH
Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH
Daripada peniaga hingga pekerja angkat barang di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan dikuasai warga asing. - Foto Aizuddin Saad/BH
Daripada peniaga hingga pekerja angkat barang di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan dikuasai warga asing. - Foto Aizuddin Saad/BH
Dr Mohamad Khairil (tengah) bersama pihak pengurusan meninjau Pasar Borong Selangor, semalam. - Foto Aizuddin Saad/BH
Dr Mohamad Khairil (tengah) bersama pihak pengurusan meninjau Pasar Borong Selangor, semalam. - Foto Aizuddin Saad/BH

Bersihkan 'Ali Baba' di Pasar Borong Selangor

SERDANG: Pengunjung Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan di sini, menuntut kerajaan negeri membersihkan perniagaan di situ daripada warga asing seperti dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang.

Sejak tahun lalu, DBKL mengam- bil langkah drastik melarang kehadiran warga asing, sama ada sebagai pekerja atau peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan memastikan hanya pemilik sah menguruskan perniagaan di situ.

Kehadiran terlalu ramai warga asing, khususnya etnik Rohingya di Pasar Borong Selangor sejak tahun lalu, sama ada sebagai pekerja atau peniaga yang menyewa lot perniagaan di situ, mencetuskan kebimbangan pengunjungnya.

Pengunjung pasar terbabit mendakwa pernah seolah-olah diugut dan dilayan secara biadap oleh pekerja dan peniaga warga asing di situ, apabila tidak jadi membeli selepas bertanyakan harga barangan jualan mereka.

Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH
Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH

Kehadiran warga asing di situ, dilihat menguasai hampir keseluruhan lot niaga barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran dalam pasar borong yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu.

Berdasarkan syarat pemilikan, Pasar Borong Selangor yang mempunyai 260 lot niaga hanya boleh dikendalikan warga tempatan.

Bagaimanapun, tinjauan BH selama hampir empat jam pada Jumaat lalu, mendapati lebih 60 peratus yang bekerja dan berniaga dalam pasar itu adalah warga asing terutama etnik Rohingya, selain ada warga Bangladesh dan Indonesia.

Pengunjung pasar itu percaya, ramai kalangan etnik Rohingya itu berasal dari kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, tetapi berpindah ke situ susulan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang pekerja warga asing di sana.

Pengunjung Pasar Borong Selangor, Saidon Shahrom, 46, yang tinggal berhampiran, mendakwa isterinya beberapa kali dimaki hamun di khalayak ramai oleh penjual warga asing pasar itu hanya kerana bertanyakan harga barang, tetapi tidak jadi membelinya.

Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH
Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH

"Kejadian berlaku apabila isteri saya bertanyakan harga untuk sekilogram ikan, mereka (warga asing) terus membungkusnya sedangkan isteri saya hanya ingin bertanya harga. Apabila tidak jadi membeli, warga asing itu terus memaki hamun isteri saya.

"Boleh dikatakan hampir semua kedai di sini yang dijaga warga asing bersikap kurang ajar apabila seolah-olah memaksa pelanggan yang hanya bertanya harga supaya terus membeli. Ini menimbulkan rasa kurang senang pelanggan," katanya.

Saidon berkata, beliau tertanya-tanya sama ada lot niaga dalam Pasar Borong Selangor yang dijaga warga asing terutama Rohingya itu dimiliki mereka atau sebaliknya kerana tidak melihat kelibat pemilik kedai warga tempatan.

"Saya yakin, berkemungkinan ada unsur 'Ali Baba' atau untung atas angin, di mana rakyat Malaysia yang memiliki lot niaga di situ sudah menyewakannya kepada warga asing Rohingya pada harga sewaan bulanan yang lebih tinggi," katanya.

Pengunjung, Rozaimi Abdullah, 53, yang sudah 16 tahun berbelanja di Pasar Borong Selangor itu setiap minggu, mendakwa kehadiran warga asing bekerja di pasar borong itu semakin meningkat sejak tahun lalu.

"Mereka ini selalunya membuatkan pembeli merasa terancam, kadang-kadang pembeli terpaksa membeli disebabkan warga asing ini (penjual) meninggikan suara apabila tidak jadi membeli barang basah yang dijual mereka.

"Pernah saya ingin beli ikan satu kilogram, sebaliknya mereka meletakkan dalam berat dua kilogram. Bila minta kurangkan berat itu, mereka dengan nada marah bertegas tidak membenarkannya," katanya.

Beliau mendakwa, kekasaran ke atas pembeli di situ bagaikan satu kebiasaan buat warga asing yang berniaga di situ.

"Selain mengancam pembeli, warga asing di sini pengotor dan tidak menjaga kebersihan. Mereka gemar makan sireh dan suka meludah di sana sini, selain tidak memakai pelitup muka walaupun dalam suasana COVID-19 melanda negara.

Ramai warga asing bekerja di Pasar Borong Selangor sehingga membuatkan pengunjung berasa tidak selesa. - Foto Aizuddin Saad/BH
Ramai warga asing bekerja di Pasar Borong Selangor sehingga membuatkan pengunjung berasa tidak selesa. - Foto Aizuddin Saad/BH

"Kita dapat lihat apabila ada rondaan polis, mereka akan segera memakai pelitup muka dan berpura-pura menjaga jarak, namun apabila anggota polis beredar mereka melanggar segala Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya.

Justeru itu, katanya, pengurusan PKPS yang mengendali pasar terbabit wajar mengikut langkah diambil DBKL dalam menangani kehadiran warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur, sekali gus membuatkan pengunjung rasa selamat, selepas gejala negatif di situ ditangani.

Pengunjung, Ezawan Rozali, 32, dari Seri Kembangan yang menjadikan pasar borong itu sebagai lokasi membeli barangan basah, mendakwa penjual dalam kalangan warga asing di situ, seolah-olah memonopoli harga barang yang dijual.

"Saya tak nampak lot jualan barang basah di sini dijaga pekerja tempatan. Sekarang, saya dapati penjual atau orang bertanggungjawab ke atas setiap lot niaga adalah warga asing yang kita tidak pasti pekerja atau pemiliknya.

"Sekiranya benar warga asing dibiarkan menyewa daripada pemilik asal, maka sudah tentu harga jualan mereka menjadi lebih mahal kerana perlu membayar sewa kepada pemilik asal pada kadar lebih tinggi," katanya.

Jika keadaan ketika ini dibiarkan berterusan di Pasar Borong Selangor, Ezawan berkata, beliau yakin etnik Rohingya akan menguasai semua jualan barangan serta mendominasi penentuan harga di situ.

Ramai warga asing bekerja di Pasar Borong Selangor sehingga membuatkan pengunjung berasa tidak selesa. - Foto Aizuddin Saad/BH
Ramai warga asing bekerja di Pasar Borong Selangor sehingga membuatkan pengunjung berasa tidak selesa. - Foto Aizuddin Saad/BH

PKPS gempur aktiviti 'sewa atas sewa' lot jualan

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengesahkan, kehadiran warga asing di Pasar Borong Selangor antara isu sedang ditanganinya, menerusi pemutihan bagi membanteras perbuatan sewa atas sewa di situ.

Matlamat utama PKPS adalah mengutamakan keselamatan semua pengunjung pasar terbabit supaya selesa ketika berbelanja, dengan keramahan dan kesopanan peniaga serta mereka dan faktor kebersihan iaitu selamat daripada jangkitan COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, berkata pihaknya mahu Pasar Borong Selangor menjadi tempat selamat dikunjungi penduduk membeli barang-barang keperluan terutama ketika ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

"Untuk itu, beberapa isu perlu diselesaikan iaitu warga asing yang berniaga, mengenal pasti lot jualan yang sudah disewakan, sama ada ia benar-benar dikendalikan orang tempatan sendiri (pemilik lot) atau disewakan kepada orang asing.

"PKPS sedang menyemak, sama ada peniaga setiap lot jualan yang disewakan ini benar-benar menawarkan harga berpatutan sesuai kita pasarkan, terutama dalam masa rakyat menghadapi kesulitan ketika gejala COVID-19 merebak di seluruh negara," katanya.

Beliau mengulas langkah diambil oleh PKPS susulan kehadiran terlalu ramai warga asing di pasar terbabit sehingga menimbulkan keresahan dan rasa kurang selesa dan selamat pengunjung.

Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH
Antara lot perniagaan barangan kering dan basah Pasar Borong Selangor di Sri Kembangan yang dikuasai warga asing kebanyakannya etnik Rohingya sejak setahun lalu. - Foto Aizuddin Saad/BH

Mohamad Khairil berkata, PKPS sudah mengambil langkah proaktif dengan menyita beberapa lot jualan selepas penyewa awal dikesan melakukan kesalahan menyewakannya kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

"Tindakan itu menyebabkan harga barangan yang dijual menjadi jauh lebih tinggi daripada sepatutnya, selepas pihak ketiga itu ingin mendapatkan kembali bayaran sewa yang dibayar kepada penyewa asal.

"PKPS turut melakukan pemantauan harian terhadap lot jualan yang secara sepenuhnya dijaga warga asing tanpa ada kelibat warga tempatan. Ini yang sedang kami buat pemutihan," katanya.

Mohamad Khairil berkata, PKPS menyedari peningkatan warga asing, terutama etnik Rohingya yang kebelakangan ini secara tiba-tiba muncul di kawasan Pasar Borong Selangor.

"Berdasarkan maklumat diterima, mereka dipercayai melarikan diri ke kawasan ini selepas serbuan besar-besaran dilakukan pihak berkuasa terhadap Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang. Kami sedang bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, bagi mengatasi masalah ini.

"Saya dapati mereka ini terutama etnik Rohingya yang digaji peniaga tempatan akan melarikan diri setiap kali ada operasi dan pemeriksaan, sebelum kembali semula sebaik polis beredar," katanya.

Beliau berkata, PKPS tidak mempunyai kuasa memeriksa atau menangkap mereka perlu mengharapkan bantuan Jabatan Imigresen untuk melakukan pemeriksaan atau menggempur warga asing yang cuba mendominasi Pasar Borong Selangor.

"PKPS benar-benar berharap rakyat Selangor khususnya masyarakat setempat menjadikan pasar borong ini sebagai destinasi pilihan membeli barangan keperluan. Mereka boleh membuat aduan terhadap apa juga masalah yang dihadapi di pejabat PKPS dalam pasar itu.

"Selaku Ketua Pegawai Operasi PKPS, saya memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap segala aduan dalam kadar segera, selepas isu yang dibangkitkan disahkan benar-benar berlaku," katanya.

Berita Harian X