Rabu, 6 Januari 2021 | 1:33pm
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Mangsa banjir Terengganu meningkat, 411 mangsa dipindah

CHUKAI: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan 411 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Sehingga jam 12 tengah hari, tujuh pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Kemaman dan Chukai menempatkan semua mangsa membabitkan 116 keluarga itu.

Ini termasuk seramai 267 mangsa daripada 76 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di dua daerah sama pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, di Kemaman sahaja jumlah mangsa banjir meningkat kepada 255 mangsa daripada 116 keluarga.

Katanya, mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara, berbanding 111 mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan pada sebelah pagi.

Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Keadaan banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok, Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Di Dungun pula, beliau berkata jumlah mangsa banjir kekal dengan 156 orang daripada 49 keluarga dan mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

"Keadaan cuaca ketika ini renyai, namun sesekali lebat sekali gus menjadi punca pertambahan jumlah mangsa di daerah ini," katanya.

Sementara itu, lapan sungai di Terengganu kini direkodkan melepasi paras bahaya iaitu tiga di Kemaman, dua di Dungun dan Besut (dua) serta satu di Hulu Terengganu.

Berita Harian X