Selasa, 22 Disember 2020 | 10:19am

PM melawat mangsa banjir di Kelantan

RANTAU PANJANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelantan untuk melawat mangsa banjir.

Muhyiddin tiba jam 10 pagi dengan menaiki helikopter, sebelum mendengar taklimat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Selepas itu, Perdana Menteri melawat mangsa banjir di PPS berkenaan sebelum menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

Sehingga jam 9 pagi ini, seramai 1,065 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan di 14 PPS membabitkan 389 keluarga.

Masjid Kubang Sawa, Tumpat terkepung disebabkan limpahan air dari Sungai Golok. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS
Masjid Kubang Sawa, Tumpat terkepung disebabkan limpahan air dari Sungai Golok. - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS

Semua mangsa banjir berkenaan membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Rantau Panjang, Kelantan pagi tadi bagi melawat mangsa banjir. - Gambar NSTP
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Rantau Panjang, Kelantan pagi tadi bagi melawat mangsa banjir. - Gambar NSTP
Berita Harian X