Khamis, 19 November 2020 | 8:31pm
Gambar fail, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercakap di Bilik Taklimat Brady di Rumah Putih di Washington, DC pada 5 November 2020. - Foto AFP
Gambar fail, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercakap di Bilik Taklimat Brady di Rumah Putih di Washington, DC pada 5 November 2020. - Foto AFP

Trump setuju sertai APEC esok

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penyertaan Presidennya, Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya esok.

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob, berkata pengesahan itu dibuat secara lisan oleh pegawai kanan AS, Sandra Oudkirk.

"Oudkirk memaklumkan bahawa AS akan diwakili oleh Trump," kata Hairil pada sesi taklimat pengarang kanan media bersempena AELM.

Difahamkan, masih belum ada pengesahan secara rasmi atau bertulis dibuat oleh AS sama ada Trump sah mewakili negara itu dalam AELM.

Ini adalah penyertaan pertama Trump dalam APEC sejak 2017.

Beliau yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden AS kepada Joe Biden baru-baru ini, bakal menyertai AELM yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita Harian X