Sabtu, 17 Oktober 2020 | 6:36pm

COVID-19: Jangkitan baharu lonjak kepada 869 kes

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan melonjak kepada 869 kes, hari ini, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.

Sebelum ini, angka harian tertinggi pernah dicatatkan ialah pada 6 Oktober lalu membabitkan 691 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes baharu terbabit adalah penularan tempatan.

DR Noor Hisham Abdullah.- Foto/NSTP
DR Noor Hisham Abdullah.- Foto/NSTP

"Sabah kekal mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 451 kes atau 51.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu itu.

"Lembah Klang pula mencatatkan 20.3 peratus. Selangor melaporkan 159 kes, diikuti Kuala Lumpur (15) dan Putrajaya (dua)," katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 302 pesakit telah sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatifnya 12,561 kes (64 peratus).

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Sekumpulan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (PKKK) bersedia untuk tugasan mengambil sampel dan saringan COVID-19 di kawasan sasaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, hari ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin
    Sekumpulan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (PKKK) bersedia untuk tugasan mengambil sampel dan saringan COVID-19 di kawasan sasaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, hari ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin
    Berita Harian X