Rabu, 23 September 2020 | 7:14pm
Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) pada sidang media selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Serian, hari ini. - Foto BERNAMA

Tiada Ahli Parlimen GPS lompat, sokong Anwar

SERIAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menolak dakwaan terdapat Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menegaskan gabungan itu akan terus kekal bersama kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tiada Ahli Parlimen GPS melompat menyokong Anwar. Pendirian GPS adalah teguh di belakang kepimpinan Muhyiddin," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung GPS Datuk Alexander Nanta Linggi menafikan sebarang kaitan gabungan itu dengan Anwar.

Katanya, GPS masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin.

"GPS tiada sebab meninggalkan kerajaan persekutuan PN. GPS masih kekal teguh bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Berita Harian X