Rabu, 23 September 2020 | 12:06pm
Sebahagian sekolah di Lahad Datu ditutup mulai hari ini untuk mengelakkan penularan COVID-19. Gambar hiasan NSTP/MALAI ROSMAH TUAH
Sebahagian sekolah di Lahad Datu ditutup mulai hari ini untuk mengelakkan penularan COVID-19. Gambar hiasan NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

COVID-19: 30 sekolah di Lahad Datu ditutup

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah menutup 30 sekolah mukim Bandar, Silam dan Silabukan di Lahad Datu, hari ini.

Pengarahnya, Dr Mistrine Radin, berkata tindakan itu satu usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19.

"Mulai 23 September (hari ini) bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19, sebanyak 30 sekolah di mukim Silam, Silabukan dan Bandar akan ditutup sementara waktu satu sehingga pemberitahuan yang akan dimaklumkan kelak.

"Langkah ini untuk membantu Jawatankuasa Bencana Daerah dan Kementerian Kesihatan dan juga atas nasihat Kementerian Pendidikan.

"Bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di kelas masih dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam di sekolah menengah.

"Saya berharap agar guru dan pelajar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak COVID-19," katanya semalam.

Dalam kenyataan media terbabit, beliau turut menjelaskan pembelajaran bagi kelas prasekolah sehingga tingkatan empat akan dilaksanakan secara dalam dan luar talian sepanjang tempoh penutupan sekolah, di samping menggalakkan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL).

Sementara itu, Mistrine turut memperinci beberapa sekolah yang masih ditutup untuk tujuan nyah-kuman.

Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Tiger di Tawau, tiga sekolah di Kunak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, SK Kunak Jaya dan SK Kunak 2 serta penutupan beberapa kelas di SK Silabukan.

Beliau berkata, sembilan sekolah di Lahad Datu juga terbabit, iaitu SMK Agaseh, SMK Silabukan, SK St Dominic, SK St Stephens, SK Bikang, SK Permai, SK Pekan, SK Binuang dan SMK Tungku.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 60 kes COVID-19 yang baharu membabitkan kluster baru, Kluster Bangau-Bangau di Semporna.

Selain itu, peningkatan kes COVID-19 turut direkodkan membabitkan beberapa kluster di pantai timur Sabah, iaitu Kluster Benteng LD sebanyak 624 kes, Kluster Pulau sebanyak 35 kes dan Kluster Selamat sebanyak 25 kes.

Sekolah yang ditutup:

1. SMK Segama

2. SMK Sepagaya

3. SMK St Dominic

4. SJKC Yuk Choi

5. SJKC Siew Ching

6. SJKC Chee Vun

7. SK St Dominic

8. SK Kennedy Bay

9. SK Lahad Datu IV

10. SK Unico Desa

11. SK Payang

12. SK Lahad Datu III

13. SK Terusan

14. SK Silam

15. SK Tanjung Paras

16. SK Sepagaya

17. SK Lahad Datu II

18. SK Alamania

19. SK Jeroco

20. SK Tawaiyari

21. SMK Terusan

22. SJKC Kiau Shing

23. SK Bukit Balacon

24. SK Batu 6 1/2 Segama

25. SK Pekan

26. SMK Silabukan

27. SK Permai

28. SK Silabukan

29. SK Sabah Cocoa

30. SK Bakapit

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X