X
Selasa, 22 September 2020 | 7:40pm

COVID-19: Situasi di Sabah terkawal

PUTRAJAYA: Situasi jangkitan COVID-19 di Sabah masih dalam kawalan ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan kepada pemantauan Kementerian Kesihatan di negeri itu yang ketika ini sedang dalam demam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Justeru, beliau berkata, dengan semua langkah-langkah yang diambil, tiada kemungkinan untuk PRN dalam tempoh tiga hari lagi akan ditangguhkan.

"Setakat ini kita sudah memantau dan mengawasi situasi di sana dan kami berpendapat jangkitan dapat dikawal, dikurangkan.

"Apa yang penting semua pihak, tidak kira petugas barisan hadapan atau orang awam, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Jika ia dipatuhi, kita akan berjaya memutuskan rangkaian jangkitan," katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, turut dipantau adalah kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negeri itu ketika ini.



  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X