Sabtu, 5 September 2020 | 1:49pm
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad. - Foto NSTP
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad. - Foto NSTP

PDRM umum pertukaran 7 pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan tujuh pegawai kanannya berkuat kuasa 5 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata Ketua Urus Setia/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Mohamad Usuf Jan Mohamad bakal memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket) JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kuala Lumpur ACP Izan Bakri yang dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Selangor ACP Azli Amin pula akan menggantikan posisi Izan manakala Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Kewangan/Perbankan/Koperasi/Insurans), JSJK Bukit Aman ACP R Muniandy menggantikan Mohamad Usuf.

Tempat Muniandy pula akan diisi oleh Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) JSJK Bukit Aman ACP Mazelan Paijan.

Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor Supt Lai Lee Ching akan memangku pangkat ACP apabila dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) JSJK Bukit Aman.

Pertukaran itu turut menyaksikan Pegawai Turus E1, Cawangan Khas Perak Supt Mohamed Izzani Abdul Halim dilantik menjadi Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi, Selangor yang baharu dengan memangku pangkat ACP.

– BERNAMA

Berita Harian X