Rabu, 12 Ogos 2020 | 4:35pm
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan ketika sidang media sempena Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Asri tolak tawaran tapak gerai sementara MBSA

SUNGAI BULOH: Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid pernah ditawarkan untuk berniaga di tapak penjaja sementara di Bandar Baru Sungai Buloh yang diselia Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi ditolak.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Roslan, berkata Mohd Asri menolak pelawaan MBSA untuk menjalankan perniagaan di tapak yang terletak di Jalan 1A/3 itu, sebaliknya terus berniaga di bahu jalan.

"Perniagaan yang dijalankan di bahu jalan itu menimbulkan isu keselamatan dan memberi kesan kepada kelancaran lalu lintas.

"Justeru pihak MBSA terpaksa ambil tindakan," katanya dalam sidang media ketika mengetuai operasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Beliau berkata, buat masa ini terdapat lapan pengusaha yang berniaga di tapak gerai sementara disediakan MBSA dan mereka tidak dikenakan tindakan.

Mohd Asri menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak berkuasa didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.

Beliau yang turut dikenali sebagai Asri Janggut turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain.

Beliau turut mendakwa MBSA dan polis mungkin menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Berita Harian X