Selasa, 14 Julai 2020 | 5:57pm

COVID-19: Empat kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA: Empat kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini membabitkan tiga warganegara Malaysia dan seorang warga asing yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan jumlah kes baharu, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,729 kes dan kes aktif 83 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat empat kes pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,524 kes.

Bagi kes kematian pula, Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dan jumlahnya kekal 122 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X