Rabu, 1 Julai 2020 | 5:11pm

92.4 peratus purata kehadiran pelajar ke sekolah sejak 24 Jun

KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar sejak pembukaan semula sekolah membabitkan kelas peperiksaan awam pada 24 Jun lalu, adalah memberangsangkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sejak sekolah terbabit dibuka semula, purata kehadiran pelajar di seluruh negara ialah 92.4 peratus.

"Hari ini juga adalah hari pertama murid prasekolah, TABIKA dan TADIKA kerajaan serta swasta, kembali ke sekolah.

"Alhamdulillah, anak-anak kita ini dapat kembali belajar secara bersemuka dengan kebiasaan baharu di sekolah," katanya pada sidang media khas, di Putrajaya, hari ini.

Hasil pemantauan, Mohd Radzi berkata, kementerian mendapati semua sekolah mematuhi garis panduan.

"Guru dan murid nampaknya begitu teruja serta bersemangat ke sekolah. Ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) turut memberi dukungan dan bantuan kepada pihak sekolah," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • (Gambar fail) Pelajar Tingkatan Lima mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti, Pulau Pinang. - FOTO BERNAMA
    (Gambar fail) Pelajar Tingkatan Lima mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti, Pulau Pinang. - FOTO BERNAMA
    Berita Harian X