Jumaat, 5 Jun 2020 | 4:00pm

E-dompet RM50 galak pembayaran tanpa sentuh

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna dalam usaha menggalakkan pembayaran tanpa sentuh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula Julai ini, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat.

"Inisiatif ini juga akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet," katanya.

Berita Harian X