X
Selasa, 12 Mei 2020 | 2:53pm

Tak mustahil PKP akan dilaksana semula

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengenakan sekatan ketat untuk rakyat bergerak dengan banyak sektor perniagaan tidak dibenarkan operasi mungkin akan dilaksana semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan jika tahap pematuhan rakyat masih rendah terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, rakyat kini seolah-olah menganggap tempoh PKPB seperti sudah tiada undang-undang dikenakan dengan sebahagian mereka bebas bergerak ke sana sini, malah ada yang bebas membawa anak kecil ke pasar raya.

"Saya ingin memberikan peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal sebagai PKPB, malah dia boleh diperketatkan semula. Ia bergantung kepada kepatuhan rakyat yang diberi sedikit kelonggaran.

"Kalau banyak ketidakpatuhan, tidak mustahil PKP diperkenalkan semua. Ia bergantung kepada pematuhan rakyat. Jika tidak, kita mungkin akan kembali kepada PKP yang membataskan pergerakan kita. Kita harap kita dapat tamatkan PKPB dan bebas," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X