Ahad, 10 Mei 2020 | 12:54pm
Kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai hari ini hingga 23 Mei. - Foto BERNAMA
Kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai hari ini hingga 23 Mei. - Foto BERNAMA
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia membuat bancian dari rumah ke rumah penduduk sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya. - NSTP/Fathil Asri
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia membuat bancian dari rumah ke rumah penduduk sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya. - NSTP/Fathil Asri

PKPD: Penduduk sekitar Pasar Jalan Othman terima bantuan JKM

PETALING JAYA: Seorang penduduk sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini, berkata sudah menerima sumbangan barangan keperluan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penduduk, Cai Peng Fa, 50, berkata keluarganya menerima barangan seperti minyak masak dan beras pada jam 11 pagi tadi.

"Tetapi JKM tidak maklumkan bila lagi sumbangan akan diberikan. Rata-rata penduduk risau dengan kekurangan bekalan barangan basah terutama umat Islam sedang berpuasa.

"Saya harap pihak berkuasa segera mengumumkan proses agihan barangan bagi memastikan keperluan penduduk terutama golongan memerlukan dipenuhi," katanya ketika ditemui BH, dekat pasar itu hari ini.

Petugas JKM memunggah barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya. - NSTP/Fathil Asri
Petugas JKM memunggah barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya. - NSTP/Fathil Asri

Anggota tentera berkawal di jalan masuk di Jalan Othman. - NSTP/Fathil Asri
Anggota tentera berkawal di jalan masuk di Jalan Othman. - NSTP/Fathil Asri

Penduduk membeli bekalan makanan di Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD bermula hari ini. - NSTP/Fathil Asri
Penduduk membeli bekalan makanan di Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD bermula hari ini. - NSTP/Fathil Asri

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata sekitar pasar berkenaan dikenakan PKPD susulan kerajaan mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu.

Perintah PKPD di kawasan itu hingga 23 Mei ini membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X