Rabu, 6 Mei 2020 | 2:51pm
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kampus Johor Bahru bersedia mengikuti program Penghantaran Pulang Pelajar IPT Zon Selatan. - Foto hiasan ihsan UTM
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kampus Johor Bahru bersedia mengikuti program Penghantaran Pulang Pelajar IPT Zon Selatan. - Foto hiasan ihsan UTM

2,897 lagi pelajar IPT dihantar pulang hari ini

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pulang 2,897 lagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta ke kampung halaman masing-masing, hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lapan penerbangan dijadualkan untuk menghantar pulang 2,297 pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung.

Ia membabitkan satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

"Terdapat dua penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan dua penerbangan dari KKIA ke KIA dan tiga penerbangan dari KIA ke KLIA," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut berkata, pergerakan pulang pelajar di Zon Timur ke kampung halaman di Zon Selatan dan juga pelajar di Zon Utara ke Zon Tengah akan bermula malam ini.

"Pergerakan ini akan membabitkan 600 pelajar," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid sendstory

    Berita Harian X