Isnin, 4 Mei 2020 | 5:49pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

PKPB bukan sebab abaikan SOP

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan sebab rakyat Malaysia untuk tidak bertanggungjawab dan mengabaikan setiap arahan yang perlu dipatuhi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam tempoh ini rakyat Malaysia perlu memainkan peranan lebih dan bertanggungjawab dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) diatur kerajaan.

Katanya, jika tidak, tindakan undang-undang akan tetap diambil meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

"PKP 1, 2 dan 3 adalah usaha kita untuk melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dan mengharapkan semua pihak supaya duduk di rumah.

"PKP ketika ini adalah tanggungjawab semua untuk memainkan peranan dengan mengikuti SOP ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X