Isnin, 4 Mei 2020 | 3:13pm
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

16,223 penuntut sudah pulang

KUALA LUMPUR: Proses penghantaran pulang pelajar masih berterusan dengan 16,223 penuntut sudah kembali ke kediaman masing-masing sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KPT memaklumkan seramai 1,507 pelajar dihantar pulang pada Jumaat lalu, manakala 4,666 orang pada Sabtu dan semalam (4,965)

"Proses penghantaran pulang berterusan dan dikendalikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan institusi pengajian tinggi," katanya sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X