Isnin, 27 April 2020 | 11:14pm
Pelajar dari 9 IPT di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya membuat pendaftaran sebelum pulang bertolak pulang, malam ini.

Sebahagian pelajar mendaftarkan diri di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad

790 pelajar dari 9 IPT pulang malam ini

KUALA LUMPUR: Seramai 790 pelajar daripada sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan pulang ke rumah masing-masing, malam ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan berkata, proses berkenaan adalah fasa pertama penghantaran pelajar IPT di seluruh negara.

Katanya, pergerakan pelajar ke 17 destinasi di tiga negeri di utara Semenanjung itu menggunakan perkhidmatan 50 bas yang disanitasi dengan pelepasan bermula jam 9 malam ini.

"Daripada jumlah ini, 32 bas menuju ke Kedah, manakala 13 bas ke Pulau Pinang dan Perlis (lima bas).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, hadir di KLIA bagi melihat proses penghantaran kumpulan pertama pelajar Sarawak itu pulang. Foto FB

"Seorang wakil keluarga akan menjemput pelajar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Pejabat Daerah yang dikenal pasti.

"Bagi keluarga tidak dapat menjemput pelajar di lokasi ketibaan, urusan penghantaran pelajar akan diuruskan agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan Zon Hijau ke kampung halaman yang berada di dalam Zon Hijau secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Sebahagian pelajar mendaftarkan diri di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad
Sebahagian pelajar mendaftarkan diri di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad

Ia membabitkan 89 pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (150), Universiti Malaya (164), Universiti Putra Malaysia (80), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam (146) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (50).

Selain itu, seramai 49 pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur, Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (31) dan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (31) turut dibenarkan pulang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad ketika membuat lawatan fasa pertama penghantaran pelajar IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X