Ahad, 26 April 2020 | 11:02pm
AMARAN ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 2 pagi ini. - Foto APM
AMARAN ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 2 pagi ini. - Foto APM

Amaran ribut petir sehingga jam 2 pagi

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 2 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang dijangka terbabit ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang turut dijangka mengalami cuaca yang sama ialah Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim selain Pulau Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

"Selain itu, di Kelantan kawasan yang dijangka terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Kuala Nerus," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Pahang kawasan dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Pekan dan Rompin selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Di Sarawak, kawasan yang terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang selain Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar) di Sabah. – BERNAMA

Berita Harian X