Selasa, 14 April 2020 | 2:52pm

PKPD sebahagian Sungai Lui ditamatkan, Simpang Renggam dilanjut

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21 hingga Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan malam tadi, kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan selepas tiada kes baharu dicatatkan di kawasan berkenaan.

Namun, katanya pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April ini berikutan penambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • PKPD di Batu 21 hingga Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    PKPD di Batu 21 hingga Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan malam tadi. - NSTP/Saifullizan Tamadi
    Berita Harian X