Sabtu, 11 April 2020 | 6:14pm

Masyarakat dinasihat kekal amal penjarakan sosial

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya kekal mengamalkan penjarakan sosial, walaupun selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang ramai juga tidak digalakkan menyertai mana-mana perhimpunan selepas tempoh PKP.

"Selepas fasa ketiga kita mungkin tak dapat kembali kepada kelaziman dalam kehidupan. Nasihat KKM kepada semua ialah kita perlu mengadakan penjarakan selamat.

"Mungkin tak ada perhimpunan kerana kebarangkalian atau kebolehjangkitan COVID-19 ini akan berlaku, jadi kita perlu memutuskan rantaiannya walaupun selepas PKP.

"Ini nasihat kita... Perlu lihat industri dan cara melaksanakan aktiviti harian dan di mana perlu lihat nasihat KKM dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • KKM menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya kekal mengamalkan penjarakan sosial, walaupun selepas tamat tempoh PKP. - Foto hiasan
    KKM menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya kekal mengamalkan penjarakan sosial, walaupun selepas tamat tempoh PKP. - Foto hiasan
    Berita Harian X