X
Khamis, 9 April 2020 | 12:12am
Robot diberi nama ‘Makcik Kiah 19’ (MCK19) adalah robot penghantaran pertama buatan Malaysia untuk hospital bagi membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam memberikan khidmat kepada pesakit COVID-19. - Foto BERNAMA
Robot diberi nama ‘Makcik Kiah 19’ (MCK19) adalah robot penghantaran pertama buatan Malaysia untuk hospital bagi membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam memberikan khidmat kepada pesakit COVID-19. - Foto BERNAMA

COVID-19: 'Makcik Kiah 19' permudah tugas barisan hadapan tangani pesakit berjangkit

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama-sama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan DF Automation and Robotics Sdn Bhd (DF) membangunkan sistem robot penghantaran hospital, bagi membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan menangani wabak COVID-19.

Robot diberi nama ‘Makcik Kiah 19’ (MCK19) adalah robot penghantaran pertama buatan Malaysia untuk hospital bagi membantu petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam memberikan khidmat kepada pesakit COVID-19.

UTM dalam kenyataannya hari ini, berkata projek itu dimulakan pada sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diketuai pengasas bersama DF, Prof Madya Dr Yeong Che Fai, daripada Kajian Kejuruteraan Elektrikal, UTM.

“MCK19 menggunakan Zalpha, robot komersial DF yang berupaya menampung berat sehingga 300 kilogram (kg) atas raknya dan mampu melakukan navigasi secara automatik untuk membantu doktor dan jururawat menghantar makanan dan ubat-ubatan ke bilik pesakit.

“Penggunaan MCK19 akan mengurangkan pendedahan profesional dan petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan kepada pesakit dalam pemantauan (PUI) yang berisiko tinggi dijangkiti dan perlu diasingkan.

“Ia juga mengurangkan keperluan kepada kelengkapan perlindungan diri (PPE) berikutan hospital di peringkat global kini mengalami kekurangan bekalan,” katanya.

UTM melalui kenyatan sama memaklumkan, projek itu mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dengan pasukan itu mengambil masa kurang dua minggu untuk membangunkan prototaip.

“MCK19 djangka diuji di HCTM akhir minggu ini. Sekiranya robot ini boleh digunakan, DF komited mengeluarkannya secara besar-besaran untuk dibekalkan ke hospital di Malaysia atau mana-mana organisasi yang memerlukannya.

UTM melalui kenyatan sama memaklumkan, projek itu mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dengan pasukan itu mengambil masa kurang dua minggu untuk membangunkan prototaip. - Foto BERNAMA
UTM melalui kenyatan sama memaklumkan, projek itu mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dengan pasukan itu mengambil masa kurang dua minggu untuk membangunkan prototaip. - Foto BERNAMA

“Untuk jangka panjang, pasukan itu merancang mengeluarkan robot yang mempunyai rekaan lebih mirip manusia dan mesra manusia,” katanya.

Sementara itu, Yeong berkata DF menawarkan penyelesaian robotik kepada industri sejak 2012 dan percaya ia dapat membantu menjalankan banyak tugas bagi mengurangkan kehadiran manusia seperti perkhidmatan penghantaran, disinfeksi, pembersihan, pemantauan dan perkhidmatan lain.

“MCK19 akan menjadi ujian perintis pertama kami, jika robot ini berfungsi dengan baik, kami akan teruskan dengan aplikasi lain,” katanya.

Pengarah HCTM, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid menzahirkan penghargaan atas kerjasama dengan MOSTI dan pasukan daripada UTM serta DF itu.

“Ini julung kalinya akan digunakan khusus untuk membantu sistem penjagaan kesihatan yang terbeban semasa pandemik dan wabak ini. Saya menjangkakan robotik dan automasi akan memainkan peranan penting di hospital dalam waktu terdekat untuk meningkatkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan,” katanya.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, pula berkata penciptaan robot itu satu lagi usaha universiti untuk membantu memerangi virus itu, selaras inisiatif untuk menyejahterakan kehidupan. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X