Selasa, 7 April 2020 | 2:37pm

Jumlah kutipan tabung COVID-19 diumum esok

KUALA LUMPUR: Jumlah terkini tabung COVID-19 dan bentuk agihan wang kutipan itu akan diumumkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau juga akan membuat pengumuman mengenai proses pengedaran penutup hidung dan mulut kepada rakyat secara percuma, esok.

"Esok, saya akan umum jumlah kutipan tabung dan pelaksanaannya.

"Juga akan diumumkan mengenai proses pengedaran topeng muka yang dijanjikan kerajaan untuk diberi percuma kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X