Selasa, 7 April 2020 | 2:22pm

COVID-19: PKPD di dua bangunan di Jalan Masjid India

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malaysian Mansion di Jalan Masjid India di sini, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan melaksanakan PKPD di bangunan itu berikutan 15 kes positif jangkitan COVID-19 membabitkan 365 unit kediaman dan premis perniagaan.

"PKPD di dua bangunan ini membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni berkuat kuasa berkuat kuasa hari ini, sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai.

“Saringan kesihatan wajib ke atas setiap penghuni yang menetap di sini dan mereka mesti berada di dalam unit rumah masing-masing sepanjang tempoh itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan PKPD di tiga kawasan iaitu tiga kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor; Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, di sini.

Ismail Sabri berkata, bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan sepanjang tempoh perintah dan semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis menjual barangan keperluan.

"Orang ramai yang mempunyai saudara mara atau rakan di situ tidak boleh mengunjungi kawasan berkenaan.

"Seperti biasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengawal kawasan berkenaan," katanya.

“Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan, manakala Pangkalan Perubatan dibuka di kawasan itu selain laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Anggota polis dan tentera mengawal bangunan Selangor Mansion berikutan penemuan kes COVID-19 di bangunan berkenaan. - NSTP/Aswadi Alias
    Anggota polis dan tentera mengawal bangunan Selangor Mansion berikutan penemuan kes COVID-19 di bangunan berkenaan. - NSTP/Aswadi Alias
    PKPD dilaksanakan di kawasan ini berikutan 15 kes positif jangkitan COVID-19 membabitkan 365 unit kediaman dan premis perniagaan. - NSTP/Aswadi Alias
    PKPD dilaksanakan di kawasan ini berikutan 15 kes positif jangkitan COVID-19 membabitkan 365 unit kediaman dan premis perniagaan. - NSTP/Aswadi Alias
    Anggota tentera mengawal Flat Malayan Mansion. - NSTP/Aswadi Alias
    Anggota tentera mengawal Flat Malayan Mansion. - NSTP/Aswadi Alias
    Anggota tentera memasang kawat berduri di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion hari ini. - Foto BERNAMA
    Anggota tentera memasang kawat berduri di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion hari ini. - Foto BERNAMA
    Anggota polis memasang pita Dilarang Masuk berikutan terdapat beberapa penghuni didapati COVID-19 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion hari ini. - Foto BERNAMA
    Anggota polis memasang pita Dilarang Masuk berikutan terdapat beberapa penghuni didapati COVID-19 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion hari ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X