Rabu, 1 April 2020 | 4:11pm

Permohonan i-Lestari melalui i-Akaun versi laman web, emel

KUALA LUMPUR: Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula hari ini, boleh dibuat melalui i-Akaun versi laman web atau emel.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, melalui emel, pencarum boleh mendapatkan perkhidmatan pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari di ilestari@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari di ilestarimohon@epf.gov.my.

Penghantaran borang pendaftaran boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my, manakala penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus di ve2020@epf.gov.my.

Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

“KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.

“Ahli juga boleh merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

Berita Harian X