Rabu, 1 April 2020 | 3:35pm
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye

PRIHATIN perlu diberi perhatian serius - Lam Thye

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberi perhatian serius kepada pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun pertimbangan teliti sudah diberikan, kerajaan perlu memastikan tiada pembaziran atau kebocoran dalam proses berkenaan.

Katanya, bantuan juga perlu disampaikan kepada kumpulan sasaran di mana sahaja mereka berada.

“Dalam hal ini, saya memuji beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam membantu masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagaimanapun, pergerakan mereka kini juga dibatasi oleh pihak berkuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Lam Thye berkata satu resolusi pelaksanaan diperlukan.

Katanya, rakyat yang memerlukan bantuan tidak boleh terus menunggu.

“Saya berharap kerajaan dan NGO berbincang semula untuk mencari penyelesaian sesuai bagi membantu golongan yang memerlukan di saat kritikal tanpa menjejaskan PKP,” katanya.

Berita Harian X