Sabtu, 28 March 2020 | 6:04pm
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

Kes COVID-19 dijangka bertambah mendadak pertengahan April

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menjangkakan akan ada pertambahan secara mendadak kes positif COVID-19 menjelang pertengahan April ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata atas sebab itu pihaknya sudah membuat pelbagai perancangan bagi mengelakkan perkara berkenaan terjadi.

“Dari segi pembersihan, kita adakan proses nyah kuman dan jangkitan di semua tempat. Selain itu, kita bekerjasama dengan pihak kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta majlis daerah.

“Selain itu, kita turut mencari dan menguji mereka yang positif ini untuk dikuarantin. Bagi mereka yang mendapat keputusan negatif pula, perlu adakan kuarantin secara sukarela,” katanya dalam sidang media harian, di sini.


  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X