Sabtu, 28 March 2020 | 3:05pm

COVID-19: Warga asing guna 'laluan tikus' langgar PKP

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap warga asing yang cuba memasuki negara ini menerusi ‘jalan tikus’ ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata biarpun kawalan ketat dibuat termasuk penutupan pintu sempadan negara, masih ada segelintir yang ingkar.

“Walaupun sempadan sudah ditutup, masih terdapat kemasukan warga asing melalui jalan tikus ini. Polis sudah kenal pasti jalan yang digunakan mereka dan tindakan lebih tegas akan diambil untuk pastikan tidak ada lagi warga asing boleh melalui ‘jalan tikus’ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 membuat kawalan rondaan di Pos Pangkalan Pulau di Tumpat, Kelantan sempena Program Rondaan Bot PGA bersama pasukan Polis Marin di sempadan Malaysia-Thailand pada Isnin lalu. - FOTO BERNAMA

Berita Harian X