X
Jumaat, 27 March 2020 | 6:12pm
ANGGOTA polis mengawal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid. - Foto ihsan polis
ANGGOTA polis mengawal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid. - Foto ihsan polis

COVID-19: 300 sampel ujian diambil di Simpang Renggam

PUTRAJAYA: Sebanyak 300 sampel ujian disasarkan diambil setiap hari daripada penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor, yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tengah malam tadi, bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, daerah Kluang, Johor melaporkan sebanyak 88 kes positif COVID-19, dengan 74 orang dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Beliau berkata, persampelan akan diutamakan terhadap golongan kontak rapat, individu bergejala, dan golongan atau kumpulan yang berisiko terlebih dahulu.

"Untuk makluman, kerja pembersihan dan disinfeksi di tempat awam akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Daerah Simpang Renggam.

"Kerja pembersihan dibuat di tempat tumpuan awam. Penerangan akan diberi kepada semua penduduk mengenai tatacara disinfeksi rumah yang betul," katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan memantau rapat kes positif yang dilaporkan di seluruh negara dan selepas mengambil kira situasi semasa, kerajaan mendapati terdapat keperluan menjalankan PKPD di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD di kawasan itu, bermula hari ini sehingga 9 April depan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan itu dan bagi

memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan.

“Perkhidmatan kesihatan di Klinik Desa Dato’ Ibrahim Majid diteruskan seperti biasa manakala perkhidmatan kecemasan akan diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Perubatan Kecemasan (MECC)," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X