Khamis, 26 March 2020 | 6:06pm
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar. - Foto Faiz Anuar
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar. - Foto Faiz Anuar

COVID-19: 2,982 rakyat kita terkandas di 55 negara

PUTRAJAYA: Seramai 2,982 warga Malaysia terkandas di 55 negara seluruh dunia, akibat pembatalan penerbangan serta sekatan perjalanan dilaksanakan, susulan penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata setakat hari ini, Wisma Putra berjaya membantu membawa pulang seramai 2,417 warga Malaysia dari 26 negara.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk dua penerbangan yang tiba pada hari ini iaitu dari Bangladesh dan Itali yang membawa pulang seramai 306 warga Malaysia.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X