X
Khamis, 26 March 2020 | 12:25am
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama

COVID-19: Kematian ke-20

KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian membabitkan mangsa COVID-19 dilaporkan berlaku di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan, hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian yang direkodkan Malaysia ketika ini seramai 20 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kematian ke-20 ini adalah kes ke-780 membabitkan seorang warga tempatan berusia 76 tahun.

"Beliau telah menghadiri perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling da dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra mulai 18 Mac lalu.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang tadi. KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya di Facebook, tadi.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X