Rabu, 25 March 2020 | 11:53pm
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditemubual pengacara Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk “COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan” terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, malam ini. - foto BERNAMA
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditemubual pengacara Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk “COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan” terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, malam ini. - foto BERNAMA

COVID-19: Tidak perlu 'lock down' jika rakyat patuh arahan PKP

KUALA LUMPUR: Rakyat terus digesa supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak coronavirus (COVID-19) seterusnya mengelak daripada kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata rakyat perlu sedar bahawa wabak berkenaan adalah satu ancaman yang benar-benar realistik dan tidak boleh diambil ringan.

"Saya tidak mahu memikirkan mengenai keperluan sampai kerajaan perlu sampai mengambil kaedah membuat 'total lockdown' (perintah berkurung), Nauzubillah.. minta dijauhkah.

"Saya tidak mahu sebut pasal 'total lockdown', justeru kita minta rakyat ikutlah arahan (PKP), COVID-19 adalah ancaman yang 'real' (benar)," katanya ketika ditemubual dalam Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di Bernama TV, malam ini.

Katanya lagi, secara purata rakyat sudah mula memahami dan mengikuti arahan PKP walaupun pada beberapa hari pertama keadaan agak kelam kabut.

"Selepas beberapa hari, mereka sudah mula faham dan peratusan yang tak mengikut arahan mula turun.

"Jika ada 1,000 orang, mungkin hanya tiga atau empat peratus yang gagal mengikut arahan," katanya.

Hamzah juga berkata, kerajaan hanya perlu mengekalkan pelaksanaan PKP walaupun tempohnya kini dipanjangkan lagi sehingga dua minggu sehingga 14 April ini, sekiranya rakyat faham dan terus mematuhi arahan berkenaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X