Selasa, 24 March 2020 | 1:14pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Pelancong Malaysia terkandas di Sepanyol, selamat tiba di tanah air

KUALA LUMPUR: Semua 19 pelancong Malaysia yang dilaporkan terkandas di Sepanyol disebabkan pembatalan penerbangan ekoran wabak COVID-19, selamat pulang ke tanah air, pada 19 Mac lalu.

Setiausaha I Kedutaan Malaysia di Madrid, Muhammad Azfar Abdullah, berkata pihaknya membantu mereka menghubungi syarikat penerbangan yang masih beroperasi.

“Pada masa itu, memaklumkan mengenai laluan yang ada,” katanya menerusi satu kenyataan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan sebelum ini mengatakan 19 rakyat Malaysia terkandas ekoran sekatan perjalanan.

– BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X