X
Isnin, 23 March 2020 | 11:44am
KETUA Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Shah Rizal Mohamed Fawzi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
KETUA Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Shah Rizal Mohamed Fawzi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Plaza A Plaza Tol Pantai ditutup sementara

KUALA LUMPUR: Plaza A arah utara dan selatan di Plaza Tol Pantai, Lebuhraya SPRINT ditutup sementara bermula 23 hingga 31 Mac ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Shah Rizal Mohamed Fawzi, berkata penutupan itu adalah selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan antara langkah proaktif pihaknya membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

“Pengguna lebuh raya masih boleh menggunakan Plaza Tol Pantai B untuk membuat bayaran tol bagi destinasi yang dituju.

“Kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X