Ahad, 22 March 2020 | 1:55pm
Orang ramai dilihat beratur panjang di kaunter daftar masuk semasa tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perintah Kawalan Pergerakan itu berkuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Kerajaan turut menghalang kesemua rakyat Malaysia untuk pergi ke luar negara. - Foto BERNAMA

212 rakyat Malaysia tiba dari Uzbekistan malam tadi

KUALA LUMPUR: Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan selamat tiba di tanah air malam tadi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata mereka pulang menerusi penerbangan Uzbekistan Airways semalam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9 malam tadi.

Katanya, penerbangan itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Uzbekistan.

“Pesawat sama turut digunakan untuk membawa pulang lebih 200 rakyat Uzbekistan yang terkandas di Malaysia pada jam 11.30 malam tadi di bawah penyelarasan Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur.

“Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Uzbekistan atas inisiatif serta bantuan yang dihulurkan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas.

“Kerajaan amat prihatin dan sentiasa memantau secara rapat perkembangan rakyat Malaysia di luar negara melalui pegawai kedutaan bagi memastikan semua yang terkandas di luar negara dapat pulang ke Malaysia dengan segera” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan penularan wabak COVID-19 mengakibatkan ratusan rakyat Malaysia terkandas di luar negara ketika ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X